Kerana Bertanyakan Tentang Gaji, Seorang Guru Digari Pihak Berkuasa

Trending

Kerana Bertanyakan Tentang Gaji, Seorang Guru Digari Pihak Berkuasa

Seorang guru di Louisiana, Amerika Syarikat digari kerana tindakannya membangkitkan isu gaji golongan pengajar yang rendah dalam mesyuarat lembaga sekolah.

Advertisement

Deyshia Hargrave seorang guru wanita di sekolah tersebut bertanyakan soalan itu sebagai bantahan kepada kontrak baharu penguasa sekolah, Jerome Puyau.

Beliau mempertikaikan kenaikan gaji yang bakal dinikmati Puyau ($110,000 – RM440,000 untuk setahun sejak 2012) sedangkan tenaga pengajar ($49,000 – RM196,000 untuk setahun pada 2016) dan kakitangan sokongan tidak mendapat bayaran sewajarnya.

“Penguasa atau sesiapa yang berada di kedudukan teratas menerima segala bentuk kenaikan.

“Saya rasa ini bagaikan tamparan buat semua guru, pekerja kafeteria dan kakitangan sokongan yang kita ada,” ujar Hengrave.

Tindakan guru bahasa Inggeris di Sekolah Vermillion Parish ini menimbulkan rasa kurang senang presiden lembaga sekolah, Anthony Fontana yang mengarahkan beliau untuk berhenti bertanyakan soalan atas alasan ianya tidak releven.

Hargrave hanya akur dengan arahan berkenaan untuk beberapa ketika sebelum kembali bangun namun dihalang pihak berkuasa.

Secara sukarela Hargrave bertindak keluar daripada bilik mesyuarat. Bagaimanapun drama itu tidak berakhir di situ. Hargrave ditahan secara kekerasan, digari ketika rebah di lantai sebelum dibawa ke balai polis menaiki kereta peronda.

Sejurus penahanan Hargrave, ahli lembaga pengarah sekolah sebulat suara meluluskan kontrak baharu Puyau (mendapat kenaikkan bayaran dari $110,000 – RM440,000 untuk setahun kepada $148,000 – RM593,317 setahun).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...