Dalam beberapa bulan ini, nama Siti Nordiana kerap juga dikaitkan dengan gosip yan mendakwa beliau sudah mula berlagak diva.
Terbaru menerusi ruangan Poklip di Utusan Online , Nana dikatakan membatalkan persembahaan pada saat akhir.
Menurut Poklip, Nana bertindak sedemikian apabila menerima undangan nyanyian dengan bayaran yang lebih tinggi dan ini bukan kali pertama Nana melakukan hal tersebut.
Nana kini sedang membina namanya semula selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 2 dan nyata berita ini sedikit sebanyak memburukkan reputasinya apabila ada beberapa pihak yang sudah melabelkan Nana sebagai seorang penyanyi tidak profesional dan sering mungkir janji.
Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah diketahui kerana Nana sebenarnya kelihatan seperti seorang yang merendah diri.
Apa-apa pun, kami harap perkara ini tidak seperti yang digembar-gemburkan. Nana sudah bertahun lamanya bergelar penyanyi dan beliau harus bijak mengatur langkah agar tidak “jatuh†lagi didalam industri hiburan tempatan.