“Kerana Allah Saya Masih Berjuang”, Mesut Ozil Tidak Gentar Dengan Ancaman Dalam Membela Etnik Uighur

Kehidupan

“Kerana Allah Saya Masih Berjuang”, Mesut Ozil Tidak Gentar Dengan Ancaman Dalam Membela Etnik Uighur

Pada hujung tahun lalu, pemain Arsenal Mesut Ozil menerima kritikan dan kecaman hebat dari China selepas membela masyarakat muslim etnik Uighur yang ditindas. Melalui perkongsian di Twitter, Mesut Ozil mengkritik negara Muslim yang tidak bersuara dalam membantu etnik ini.

Keberanian pemain bola sepak itu dalam bersuara telah membuatkan syarikat televisyen China membatalkan perlawanan siaran langsung Arsenal di negara itu. Malah, Mesut Ozil turut dibuang dari permainan komputer PES 2020 Mobile di China.

Advertisement

Baca: Stesen TV China Batalkan Siaran Perlawanan Arsenal Gara-Gara Mesut Ozil Bela Nasib Muslim Uighur

Walaupun beberapa kritikan dan ancaman diberikan kepada beliau, Mesut Ozil masih lagi teguh berpegang dengan pendiriannya dalam memperjuangkan penindasan etnik Uighur ini. Sekaligus, membuktikan beliau tidak gentar dalam memperjuangkan nasib masyarakat Muslim di China.

Allah adalah sebab saya kenapa saya masih lagi tersenyum dalam kesakitan, masih memahami dalam kekeliruan, masih percaya dalam pengkhianatan, dan masih berjuang dalam ketakutan.

Kelantangan Mesut Ozil dalam bersuara itu berjaya membuka mata negara-negara lain dalam penindasan yang berlaku. Mengikuti jejak langkah beliau adalah Sony Bill Williams, bintang sukan ragbi New Zealand yang memeluk Islam pada tahun 2009. Perkongsiannya di Twitter itu juga mendapat kecaman hebat seperti yang dialami Mesut Ozil.

“Ini adalah saat yang menyedihkan apabila kita lebih memilih kepentingan ekonomi daripada nilai kemanusiaan.”

Beliau merupakan pemain ragbi yang paling mahal dibayar di dunia selepas menandatangani kontrak dua tahun bernilai $10 juta bersama kelab Toronto Wolfpack. Beliau juga pernah memenangi Piala Dunia bersama pasukan New Zealand pada tahun 2011 dan 2015.

Sebelum ini, video jemaah masyarakat Uighur meninggalkan kota Mekah dalam tangisan viral di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Jemaah Uighur Tinggalkan Kota Mekah Dalam Tangisan Sebelum Pulang Ke Negara Asal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...