Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerakyatan Tak Perlu Jadi Isu – Siti Nurhaliza

Susulan kenyataan Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2011 baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza turut sama memberikan pendapatnya mengenai isu ini. Ternyata Dato’ Siti tiada masalah langsung dengan kemenangan Aaron. Baginya, soal kerakyatan tak perlu jadi isu tambahan pula Anugerah ABPBH adalah berdasarkan undian daripada peminat.

siti nurhaliza

Advertisement

Di bawah ialah kata-kata Siti Nurhaliza kepada wartawan Sinar Harian mengenai perkara ini:-

Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri.

Ini sebenarnya satu jawapan yang sangat baik daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga Zed Zaidi membaca kata-kata Dato’ Siti dan berusaha untuk layak ke dalam Top 5 untuk ABPBH2012. Jadikan kejayaan Aaron Aziz sebagai pendorong bukannya sebagai alasan untuk jeles tak tentu pasal. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

210 Comments

  1. begenop

    May 10, 2012 at 12:25 am

    Dato CT – good komen. Lain Kali pakai tudong elok2.

  2. sophia

    April 30, 2012 at 11:48 am

    sepatut sesuatu yg baik harus dikongsi bersama. itu kan rezeki aron, jd kt perlu turut rasa bahagia… itu juga sebahagian pemberian dr Allah, x baik kt mempertikai

  3. bodohsombong

    April 17, 2012 at 5:37 pm

    Betulla apa kata zek zaidi tu.. kalau semua categori nak open, pastu korang pulak sokong, ia boleh bukak pintu kepada banyak lagi isu.. Rumah, perubatan, cukai, subsidi kerajaan, pemberian atau hak terima zakat, dan macam-macam lagi..
    Hak sebagai warganegara adalah hak kita. Kalau semua nak kasi, nanti korang jugak rugi.. Bila dah terkena batang hidung sendiri, mula la nak salahkan orang lain..

  4. architectstudent

    April 15, 2012 at 6:37 pm

    betol kan dato’ siti?

  5. Mimi

    April 14, 2012 at 8:03 pm

    Betul kata Tok Ti. Sampai bila kita ni macam katak bawah tempurung? Kalau kita bagus, apa nak takut orang luar masuk ke Malaysia. Malah, kita boleh ke seluruh dunia lagi.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama