April 10th, 2012

Susulan kenyataan Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2011 baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza turut sama memberikan pendapatnya mengenai isu ini. Ternyata Dato’ Siti tiada masalah langsung dengan kemenangan Aaron. Baginya, soal kerakyatan tak perlu jadi isu tambahan pula Anugerah ABPBH adalah berdasarkan undian daripada peminat.

siti nurhaliza

Di bawah ialah kata-kata Siti Nurhaliza kepada wartawan Sinar Harian mengenai perkara ini:-

Advertisement

Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri.

Ini sebenarnya satu jawapan yang sangat baik daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga Zed Zaidi membaca kata-kata Dato’ Siti dan berusaha untuk layak ke dalam Top 5 untuk ABPBH2012. Jadikan kejayaan Aaron Aziz sebagai pendorong bukannya sebagai alasan untuk jeles tak tentu pasal. Tak gitu?

Advertisement

210 responses to “Kerakyatan Tak Perlu Jadi Isu – Siti Nurhaliza”

  1. Nadia says:

    setuju dgn komen DCT.. kalau dah AA hensem, good attitude & talented, mestilah peminat terima dia.. tak kiralah dia tu dari Singapore pun, nampak sgt yg tak puas hati dgn AA… hati busuk betul..!! kalau dah taknak sgt org luar masuk industri hiburan tanahair, kenapa tak haramkan terus filem/lagu/artis luar negara/siaran hiburan luar negara atau org2 luar datang?? nak ke tgk muka ZZ je memanjang kat TV, dahla tak sehensem AA… ewwww….. mcm bagus je ZZ tu…. blueekkkk!!! aktor mcm Ashraf Sinclair dan pemain bola Safee Sali pun ada jugak cari makan/rezeki kat negara luar.. rakyat malaysia ramai lagi yg berjaya dan cari makan kat luar negara mcm Dato’ Michelle Yeoh, Jimmy Choo, Datuk Chef Wan (dulu2), Datuk Shake, Datuk Khatijah Ibrahim dan yg terbaru Yuna… takde pun rakyat luar sana nak kecoh dan meroyan bagai mcm ZZ tu… kalau hati busuk, fikiran pun akan rosak….. ada je yg tak puas hati dgn kelebihan dan rezeki org lain kan???? rezeki org tak sama, semua ada rezeki masing2.. kalau ko nak berjaya jugak, usaha lebih lahh… dulu sblm jadi pelakon, ZZ ni penghantar notis je kat EON Bank, so org tahu tahap akademik ZZ tuh.. apapun tetap meminati AA, setakat ni dia okay dan tak buat onar mcm ZZ tuh….

Loading...