Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang Tempoh PKP

Trending

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang Tempoh PKP

Menyedari kesukaran orang ramai untuk memperbaharui lesen Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) serta lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan di Facebook rasminya mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan pengecualian untuk pembaharuan semua jenis lesen dan cukai jalan sepanjang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun, beliau meminta pemandu untuk sentiasa membawa salinan dokumen insurans bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Advertisement

pengecualian memperbaharui lesen memandu dan road tax

pengecualian memperbaharui lesen memandu dan road tax

Harus diingatkan, pemegang lesen juga perlu memperbaharui lesen dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas kementerian mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia dan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan pengecualian itu kepada semua pemegang lesen memandu.

Sumber Berita : Facebook Wee Ka Siong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...