Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa pendapatan rakyat kini tidak meningkat, nilai ringgit terus merosot, manakala harga barang keperluan pula naik mendadak disebabkan kerajaan gagal mengurus tadbir ekonomi negara.

Saya tahu, walaupun saya orang politik, saya juga turun ke lapangan, beli barang keperluan dan saya tahu ramai rakyat mengeluh.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu berkata pihak kerajaan mempunyai kuasa serta undang-undang untuk mengawal harga tetapi sama sekali tiada tindakan tegas yang diambil.

Kita lihat sendiri, harga gula naik, tepung naik, susu naik, ikan pun naik, rakyat marah, sebab itu kita jerit hari ini turun Anwar.
Sekadar info, pada Sabtu lalu, ribuan rakyat hadirkan diri ke Himpunan Turun Anwar di beberapa lokasi sekitar ibu kota di awal pagi sebelum berkumpul di Dataran Merdeka.