Kerajaan Tidak Jadi Jual PLUS, Perdana Menteri Minta Harga Tol Turun 18 Peratus

Trending

Kerajaan Tidak Jadi Jual PLUS, Perdana Menteri Minta Harga Tol Turun 18 Peratus

Kerajaan memutuskan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd tetapi Perdana Menteri meminta syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar tol. Tun Dr. Mahathir berkata syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara ini akan kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, ini adalah satu keputusan yang terbaik selepas mengambil kira segala pandangan daripada banyak pihak termasuk Kabinet. Kerajaan telah mengkaji semua tawaran yang dibuat oleh sektor swasta dan juga oleh Khazanah dan pada akhirnya memutuskan bahawa cara terbaik bukan untuk menjual PLUS kepada sesiapa tetapi untuk mengekalkannya dengan Khazanah dan KWSP.

Advertisement

Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus tetapi sila ingat bahawa 18 peratus ini ditetapkan pada kadar hari ini yang bermakna dalam masa 30 tahun kadar tol akan sangat rendah.

Khazanah memiliki kepentingan 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus. Tun Dr Mahathir berkata pengurangan 18 peratus akan bermula tahun ini tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenainya.

Selain itu, beliau turut maklum dan sedar akan berlaku peningkatan kenderaan tetapi apa yang bakal diperolehi mereka (PLUS) tidak setinggi yang disangka kerana nilai tersebut akan mengecil pada masa akan datang.

Kerana kita menetapkannya pada kadar sekarang, dan ia akan menjadi kadar rata, tolak 18 peratus. Ini bermakna walaupun trafik mungkin berkembang tetapi pendapatan tidak akan sebesar konsesi asal

Dr Mahathir berkata rakyat akan mendapat faedah dari segi kos yang lebih murah kerana pengurangan kadar tol. Pada Oktober tahun lalu Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengesahkan menerima empat tawaran mengambil alih kepentingan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam konsesi lebuh raya PLUS.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...