“Kerajaan Tidak Berniat Sekat Kebebasan Peribadi Individu Di Media Sosial” – Dato’ Saifuddin Abdullah

Hiburan

“Kerajaan Tidak Berniat Sekat Kebebasan Peribadi Individu Di Media Sosial” – Dato’ Saifuddin Abdullah

Susulan pengumuman daripada Finas pada hari ini yang mengatakan bahawa lesen diperlukan untuk semua bentuk penggambaran dan rakaman media sosial peribadi, nampaknya hal ini tidak diterima dengan baik oleh ramai anak muda.

Melihatkan reaksi negatif daripada rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa perbadanan tersebut tidak berniat langsung untuk menyekat kebebasan peribadi individu di media sosial.

Advertisement

finas tidak berniat sekat hak peribadi individu di media sosial

Disebabkan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 yang sudah digubal hampir 40 tahun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedar bahawa ianya pula diperbaiki memandangkan aplikasi seperti TikTok dan YouTube yang tidak wujud pada ketika itu.

“Ini telah pun saya nyatakan dalam sidang media kad laporan 100 hari saya sebagai menteri KKMM pada 20 Jun 2020, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.”

Kalau anda nak tahu, hal ini kembali menjadi perhatian ramai selepas ia digunakan terhadap Al Jazeera yang didakwa menjalankan penggambaran dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” tanpa kebenaran Finas.

Khabarnya, Al Jazeera mendakwa dokumentari itu yang merupakan sebahagian daripada program mingguan ‘101 East’ kononnya tidak memerlukan lesen tersebut.

dato' saifuddin abdullah

Apabila ditanya mengenai sama ada lesen diperlukan bagi pengguna media sosial atau tradisional, Saifuddin menjelaskan bahawa kementerian sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.

Malahan, beliau mendedahkan bahawa kementerian terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam menambah baik akta yang berkenaan termasuklah kesemua undang-undang yang berkaitan dengan kehendak semasa.

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...