“Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat” – Anthony Loke

Berita

“Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat” – Anthony Loke

Susulan insiden melibatkan kemalangan maut pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di jalan Gerik-Jeli sewaktu menaiki bas, kerajaan kini sedang merangka dasar baru termasuk mandatori pengehad kelajuan (speed limiter) untuk kenderaan berat.

 

Advertisement

 

nahas pelajar UPSI

Ia merupakan langkah keselamatan jalan raya yang mahu diambil oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan kini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk mekanisme bagi menutup sebarang ruang manipulasi apabila ia sudah dikuatkuasakan nanti.

Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

bas upsi

Kemalangan maut yang melibatkan bas sewa khas dan sebuah kenderaan MPV jenis Perodua Alza dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak telah membuatkan satu Malaysia berdukacita.

Difahamkan, tragedi berkenaan turut mengakibatkan 33 lagi cedera.

pemandu bas upsi ada rekod saman
2025-06-10 14:37:08

"Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Ada 18 Rekod Saman & 21 Saman Bas" - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

“Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat” – Anthony Loke Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan