Kerajaan Tekad Bantu Rakyat URUS Kewangan

Branded

Kerajaan Tekad Bantu Rakyat URUS Kewangan

Peralihan pandemik kepada endemik menyaksikan ekonomi negara mula menunjukkan perubahan yang positif. Namun begitu, hampir dua tahun penutupan ekonomi memberikan impak yang besar kepada sebahagian besar masyarakat.

Ini jelas melalui pengkelasan kelas pendapatan terbaru B50, iaitu golongan berpendapatan rendah di bawah lima puluh peratus. Golongan ini juga merupakan yang paling terkesan dan menerima impak pasca pandemik COVID-19.

URUS bantu golongan terjejas

Apa itu URUS?

Tidak berdiam diri melihat keadaan rakyat yang kian terhimpit, sektor perbankan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memperkenalkan Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS). Ia merupakan satu pakej bantuan holistik oleh pihak bank bersama AKPK bagi membantu  peminjam atau pelanggan yang terjejas kerana masalah aliran tunai yang berpanjangan akibat COVID-19.  

URUS menawarkan bantuan bayaran balik dan sokongan pembangunan ketahanan kewangan, merangkumi pelan kewangan peribadi, program pendidikan kewangan serta peluang untuk menambah pendapatan dan mendapatkan sokongan lain melalui rujukan kepada Jaringan Sinergi Sosial. 

Siapa yang layak untuk bawah bantuan URUS?

URUS merupakan satu inisiatif bagi membantu golongan B50 yang memenuhi kriteria pelanggan/peminjam berikut:

  • Pendapatan isi rumah sehingga RM5,880
  • Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%
  • Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik sedia ada (seperti  Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dan sebagainya) pada 30 September 2021; dan 
  • Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS. 

Antara bentuk pinjaman/pembiayaan yang layak untuk membuat permohonan ialah perumahan, peribadi (ASB, pendidikan), kenderaan, sewa beli serta baki kad kredit/kemudahan kredit pusingan.

Melalui inisiatif holistik ini pelanggan/peminjam yang layak akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik untuk tempoh sehingga 24 bulan meliputi:

  • Pengecualian faedah/keuntungan untuk tempoh 3  bulan dan/atau; 
  • Penangguhan bayaran serta pilihan lain termasuk pengurangan ansuran untuk membantu mengurus hutang keseluruhan selaras dengan kemampuan; dan 
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan  khidmat nasihat untuk membantu anda mengurus  kewangan agar lebih berdaya tahan.  

Pelan ini akan mengambil kira semua tanggungan hutang sedia ada dan jumlah pendapatan peminjam yang mampu diperuntukkan untuk membayar hutang setelah mengambil kira perbelanjaan sara hidup. 

Macam mana nak mohon URUS?

Mohon URUS di bank anda

Bagi anda yang layak dan berminat dengan inisiatif URUS, permohonan telah pun dibuka bermula 15 November sehingga 31 Januari 2021.

Jika anda mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan satu bank sahaja, anda perlu memohon terus kepada bank dengan mengisi borang permohonan URUS. Kalau anda mempunyai pinjaman/pembiayaan lebih daripada satu bank, anda hanya perlu menyenaraikan semua pinjaman sedia ada semasa membuat permohonan melalui salah satu bank yang mana anda mempunyai pinjaman/pembiayaan di bawah program bantuan bayaran balik.

Ini membolehkan AKPK menggabungkan perincian pinjaman/pembiayaan anda antara bank dan merangka pelan bantuan bayaran balik yang holistik dan munasabah berdasarkan kemampuan anda.

Usah biarkan masalah kewangan terus membelenggu, hubungi bank anda untuk memohon.

Cara memohon URUS

Namun jika anda tidak layak untuk memohon URUS, anda masih boleh dapatkan bantuan pelan bayaran balik pinjaman yang lain daripada bank anda. Hubungi bank anda segera untuk membincangkan pilihan bayaran balik yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan anda.

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi AKPK untuk khidmat nasihat dan bantuan berhubung pengurusan kewangan. Jika anda masih menghadapi masalah dengan bank anda dan ingin membuat aduan, sila hubungi BNM di SINI.

Bantuan bayaran pinjaman lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...