Susulan terjejas teruk dari segi ekonomi susulan pandemik COVID-19, ramai dalam kaangan masyarakat kini seakan memberi cadangan but kerajaan agar membenarkan pengeluaran akaun satu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
Rentetan itu, menerusi laporan Harian Metro, pihak kerajaan dikatakan telah bersetuju untuk mengkaji perkara tersebut atas dasar mahu membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.
Mendengar perkhabaran itu, rakyat kini seakan mampu menghembus nafas lega kerana sebelum ini kerajaan beranggapan pengeluaran caruman akaun satu KWSP agak sukar untuk diluluskan.
Kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, rakyat dijangka akan menghadapi masalah yang lebih sukar di masa akan datang sekiranya kerajaan membenarkan perkara tersebut.
Dedah pihaknya lagi, kerajaan juga tidak akan ketinggalan memberi bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan 2021 nanti. Namun perlu diongatkan bahwa, kerajaan akan terus meneliti golongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini.
“Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan yang disimpan itu. Kita akan teliti secara halus dan (melihat keadaan) kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas, contohnya mereka yang dibuang kerja. Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,”
Jadi, tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelak.
Kredit: Harian Metro