Kerajaan, Razak Baginda Dan Dua Pegawai UTK Dikehendaki Bayar RM1.4 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Berita

Kerajaan, Razak Baginda Dan Dua Pegawai UTK Dikehendaki Bayar RM1.4 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda serta dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) hanya perlu membayar pampasan berjumlah RM1.4 juta kepada keluarga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berbanding RM5 juta seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu, memetik Sinar Harian.

story image

Advertisement

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah, membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan empat pihak terbabit membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta atas kematian penterjemah yang juga model sambilan tersebut pada 2006.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim K Muniandy berkata, panel turut mengurangkan jumlah pampasan kerana Mahkamah Tinggi telah tersilap dari segi undang-undang apabila memberikan ganti rugi asal sebanyak RM5 juta.

altantuya

Pada 16 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan saman yang difailkan keluarga Altantuya berhubung kematiannya terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.

Saman itu difailkan oleh bapa mendiang, Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa; serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga. Mereka mendakwa kematian Altantuya menyebabkan trauma mental dan psikologi, sekali gus melayakkan pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk. Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga dikeluarkan daripada senarai plaintif selepas meninggal dunia pada 2017.

Empat defendan yang dinamakan ialah dua bekas anggota UTK, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Baginda serta kerajaan Malaysia.

Altantuya dilaporkan berperanan sebagai penterjemah dalam rundingan penjualan kapal selam oleh syarikat pembekal senjata dari Perancis, Direction des Constructions Navales (DCN), kepada kerajaan Malaysia. Beliau dibunuh pada 18 Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib Tun Razak, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Susulan kejadian itu, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri ditangkap dan didakwa di Mahkamah Tinggi pada November 2006 atas pertuduhan membunuh Altantuya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-19 16:44:41

CCTV Dedah Detik Akhir Nadia Kesuma Rebah, Jenazah Selamat Dikebumikan Di Jeddah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...