Kerajaan Peruntuk RM322.5 Bilion Dalam Belanjawan 2021, RM1 Bilion Untuk Bendung Gelombang Ketiga COVID-19

Trending

Kerajaan Peruntuk RM322.5 Bilion Dalam Belanjawan 2021, RM1 Bilion Untuk Bendung Gelombang Ketiga COVID-19

Sebanyak RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, daripada jumlah tersebut, RM236.5 billion (73.3 peratus) akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM69 billion atau 21.4 peratus bagi perbelanjaan pembangunan (DE) manakala baki RM17 bilion ialah untuk Kumpulan Wang COVID-19.

Advertisement

Namun demikian, daripda jumlah berkenaan, sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19 pada tahun hadapan. 

Menurutnya, peruntukan itu akan merangkumi RM475 juta bagi pembelian reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ujarnya lagi, ia juga merangkumi RM318 juta bagi penyediaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan cecair sanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan KKM.

Malah, sebanyak RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencara Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19.

Dalam pada itu, sebanyak RM50 juta diperuntuk bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.

Menurut laporan Bernama, peruntukan itu merangkumi untuk tujuan menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, pekhidmatan secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Bertemakan “Teguh kita, menang bersama”, perbentangan itu mula dibentangkan olehnya pada jam 4.23 petang tadi, malah ia juga merupakan Belanjawan pertama yang dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Untuk rekod, Belanjawan 2021 kini terbahagi kepada tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Sumber: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...