Kerajaan Pertimbangkan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Diteruskan Untuk Penjawat Awam

Kehidupan

Kerajaan Pertimbangkan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Diteruskan Untuk Penjawat Awam

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali memaklumkan kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk meneruskan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai amalan normal baru dalam perkhidmatan awam. Ianya dijangka mampu diteruskan namun perlukan perincian yang lebih mendalam.

Pelaksanaan bekerja dari rumah ini memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya. Sebelum ini, kebanyakan pekerja diminta untuk bekerja dari rumah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac yang lalu.

Advertisement

Menurut beliau, terdapat dua objektif utama yang telah dikenal pasti iaitu untuk mitigasi risiko seperti pencemaran dan penularan penyakit. Serta untuk menguruskan prestasi pegawai dengan mengimbangi keperluan kerja dan keluarga, serta meningkatkan kepuasan kerja dan produktiviti.

Namun ada beberapa aspek yang perlu diperjelaskan melalui kajian lanjut jika ianya dilaksanakan.

pekerja

Antaranya aadalah keperluan sokongan teknologi digital, keselamatan maklumat, kesesuaian pelaksanaan kepada skim-skim perkhidmatan tertentu, serta implikasi perundangan yang terlibat.

Menurutnya, selari dengan inisiatif kerajaan untuk menimbangkan pelaksanaan BDR sebagai suatu normal baharu, penilaian juga akan dilaksanakan ke atas beberapa kemudahan awam lain yang berkaitan terutamanya kemudahan-kemudahan cuti dan pelepasan.

Semua inisiatif berkenaan adalah usaha berterusan bagi memastikan penjawat awam dapat terus meningkatkan produktiviti mereka dalam konteks perubahan-perubahan faktor luaran yang terkini.

Berdasarkan pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, menunjukkan perkhidmatan awam boleh berfungsi dengan berkesan walaupun dengan pelaksanaan BDR dan BDR secara fleksibel.

pekerja

Bermula dengan pelaksanaan BDR secara arahan ke atas semua penjawat awam, ia kemudian berubah kepada pelaksanaan berlandaskan kes-kes tertentu. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, impak kepada produktiviti penjawat awam adalah minimum dan perkhidmatan awam terus dapat menyokong pembukaan sektor ekonomi dan perniagaan.

Dalam tempoh tersebut, sektor ekonomi dan perniagaan telah dapat beroperasi hampir 100 peratus untuk memastikan ekonomi negara dapat dilonjakkan dan ini dapat dicapai di mana penjawat awam dapat terus melaksanakan tanggungjawab mereka melalui kedua-dua mod tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...