Kerajaan Pakatan Harapan Kini Tumbang

Trending

Kerajaan Pakatan Harapan Kini Tumbang

Pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini tumbang, susulan perletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, juga setelah pakatan itu hilang majoriti di parlimen.

Setelah perletakan jawatan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia, mantan komponen PG dengan 26 penggubal undang-undang persekutuan telah menarik diri dari pakatan itu.

Advertisement

Ini juga diperkuatkan lagi dengan perletakan jawatan sembilan ahli parlimen PKR, termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin sendiri bersama dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin telah dipecat dari parti itu hari ini.

Sembilan yang lain yang telah meletak jawatan selepas pemecatan itu ialah:

– Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)

– Baru Bian (Selangau)

– Datuk Kamaruddin Jaffar ( Bandar Tun Razak)

– Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal)

– Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat)

– Datuk Seri Dr. Santhara Kumar (Segamat)

– Ali Biju (Saratok)

– Willie Mongin ( Puncak Borneo)

– Jonathan Yasin ( Ranau)

Sehingga  21 Feb, PH mempunyai 129 kerusi parlimen.

Akibat penarikan diri Bersatu dan PKR, pakatan itu kini mempunyai  92 kerusi.

Pecahan dalam PH kini ialah DAP mempunyai 42 kerusi; PKR (39) dan Amanah (11).

Manakala baki terdiri dari Barisan Nasional (BN) dengan 42 kerusi, yang terdiri dari Umno (39);

MCA (2) dan MIC (1).

Yang lain di Dewan Rakyat ialah Parti Warisan Sabah (9); UPKO (1); PAS (18); GPS (18);

GBS (3); PSB (1); Bebas (1). – amazingnara.com via NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...