Kerajaan Negeri Selangor Bekerjasama Dengan Grab Untuk Bangunkan Perkhidmatan E-Bazar Ramadan

COVID-19

Kerajaan Negeri Selangor Bekerjasama Dengan Grab Untuk Bangunkan Perkhidmatan E-Bazar Ramadan

Atas faktor keselamatan dengan situasi terkini, beberapa negeri telah mengambil langkah membatalkan penganjuran bazar Ramadan yang akan tiba penghujung April ini. Situasi semasa di Malaysia masih lagi tidak membenarkan sebarang penganjuran besar-besaran dilakukan kerana wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Menyedari kesusahan yang dialami oleh para peniaga, kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berkerjasama dengan Grab Malaysia untuk melaksanakan E-Bazar Ramadan. Syarikat penghantaran ini akan membantu mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan menerusi aplikasi mereka.

Advertisement

Grab Ramadan

Grab Ramadan

Dalam usaha untuk menyokong peniaga-peniaga bazar Ramadan dan juga mengekalkan semangat masyarakat sempena bulan Ramadan ini, Grab membantu orang ramai membeli dengan selamat dan bersih sambil mengekalkan penjarakan sosial. Dengan Grab e-Bazar Ramadan juga membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka dari peniaga bazar Ramadan tanpa keperluan untuk meninggalkan rumah mereka.

“Konsep Bazar Ramadan Digital ini hanya membenarkan pembelian atas talian sahaja.”

Sebagai peniaga Grab e-Bazar Ramadan, peniaga dapat mengendalikan gerai mereka dan makanan akan dihantar kepada pelanggan oleh rakan penghantar Grab. ‘Grab Food Ramadan Favourites’ ini akan beroperasi bermula 24 April hingga 23 Mei 2020 ini. Para peniaga yang berminat, boleh mendaftar di laman sesawang rasmi di sini.

Artikel berkaitan: Rakyat Selangor Sah Akan Lalui Bulan Ramadan Tanpa Bazar Pada Tahun Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...