Atas faktor keselamatan dengan situasi terkini, beberapa negeri telah mengambil langkah membatalkan penganjuran bazar Ramadan yang akan tiba penghujung April ini. Situasi semasa di Malaysia masih lagi tidak membenarkan sebarang penganjuran besar-besaran dilakukan kerana wabak COVID-19 yang masih belum reda.
Menyedari kesusahan yang dialami oleh para peniaga, kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berkerjasama dengan Grab Malaysia untuk melaksanakan E-Bazar Ramadan. Syarikat penghantaran ini akan membantu mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan menerusi aplikasi mereka.
Dalam usaha untuk menyokong peniaga-peniaga bazar Ramadan dan juga mengekalkan semangat masyarakat sempena bulan Ramadan ini, Grab membantu orang ramai membeli dengan selamat dan bersih sambil mengekalkan penjarakan sosial. Dengan Grab e-Bazar Ramadan juga membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka dari peniaga bazar Ramadan tanpa keperluan untuk meninggalkan rumah mereka.
“Konsep Bazar Ramadan Digital ini hanya membenarkan pembelian atas talian sahaja.”
E-BAZAR RAMADAN SELANGOR GRAB
Saya terpanggil mendengar keluhan nasib para peniaga setelah keputusan pembatalan Bazar Ramadan.
Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu @GrabMY pic.twitter.com/53sxC0AZpJ
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 8, 2020
Sebagai peniaga Grab e-Bazar Ramadan, peniaga dapat mengendalikan gerai mereka dan makanan akan dihantar kepada pelanggan oleh rakan penghantar Grab. ‘Grab Food Ramadan Favourites’ ini akan beroperasi bermula 24 April hingga 23 Mei 2020 ini. Para peniaga yang berminat, boleh mendaftar di laman sesawang rasmi di sini.
Artikel berkaitan: Rakyat Selangor Sah Akan Lalui Bulan Ramadan Tanpa Bazar Pada Tahun Ini