Kerajaan Negeri Melaka Benarkan Berbuka Puasa Di Kawasan Lapang

Trending

Kerajaan Negeri Melaka Benarkan Berbuka Puasa Di Kawasan Lapang

Kerajaan negeri membenarkan penduduk di negeri Melaka untuk berbuka puasa di tempat lapang dan riadah termasuklah dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), padang dan di tepi pantai, lapor Kosmo.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Ghaffar Atan, penduduk di negeri itu haruslah bekerjasama dalam memathui Standard Operasi Standard (SOP) yang sudah lama ditetapkan.

Advertisement

“Nak buka puasa dekat mana-mana tempat tidak ada masalah, kita bukan lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat”

Tambahnya, tahun ini merupakan tahun kedua rakyat Malaysia harus berdepan dengan virus Covid-19, oleh itu pengamalan SOP pasti sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan penjarakan fizikal haruslah dijaga demi mematuhi SOP.

Beliau menyatakan hal tersebut ketika ditemui selepas mengadakan satu majlis di Hospital Melaka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...