Kerajaan Negeri India Guna Payung Untuk Pastikan Penduduk Patuhi Penjarakan Sosial

COVID-19

Kerajaan Negeri India Guna Payung Untuk Pastikan Penduduk Patuhi Penjarakan Sosial

Pandemik COVID-19 yang menular di merata tempat ini sudah pasti membuatkan serata dunia berada dalam keadaan berjaga-jaga. Sama seperti India yang mengeluarkan garis panduan pencegahan buat rakyatnya dalam melawan virus ini.

Antara langkah yang diuarkan ialah menggunakan topeng muka dan perlu mematuhi penjarakan sosial semasa berada di luar selain mencuci tangan dengan kerap.

Advertisement

India kini melaporkan sebanyak 29,974 kes positif COVID-19 dan 7,027 pesakit sudah pun sembuh manakala kematian yang dicatatkan telah mencapai angka 937.

Bagi memastikan peraturan penjarakan sosial ini berjalan dengan lancar, pertubuhan tempatan di kawasan Kerala telah melancarkan satu inisiatif unik di mana setiap orang perlu menggunakan payung ketika berada di luar. Apa?

Idea bernas yang dirangka oleh ahli persatuan Thanneermukkom dan dirasmikan oleh Menteri Kewangan Negeri iaitu T.M. Thomas Isaac ini ialah sesiapa yang berpayung di tempat awam pastinya secara tidak langsung akan mengekalkan jarak 1 meter dengan orang lain.

Setakat ini sebanyak 12,000 payung telah diagihkan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Bahkan pertubuhan ini telah menawarkan payung dengan harga selepas subsidi dan ianya boleh dibeli di kedai tempatan yang turut bekerjasama dalam usaha ini. Dengan bantuan ini, sesiapa yang tidak mampu membayarnya secara terus boleh mendapatkan payung dengan bayaran secara ansuran.

india guna payung untuk kekalkan penjarakan sosial

Diharapkan inisiatif ini dapat membantu penduduk Kerala untuk mematuhi penjarakan sosial dengan mudah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...