Kerajaan Mungkin Kaji “Larangan Penuh Vape”, Kata Menteri Kesihatan

Trending

Kerajaan Mungkin Kaji “Larangan Penuh Vape”, Kata Menteri Kesihatan

Hari ini kerajaan telah mewujudkan satu jawatankuasa kerja pakar bagi mengkaji kemungkinan larangan secara menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jawatankuasa itu dipengerusikan timbalannya Dr Lee Boon Chye.

Advertisement

Jawatankuasa itu diwujudkan susulan peningkatan kes kematian pengguna vape dan rokok elektronik, iaitu seramai 28 orang di Amerika Syarikat (AS) dan seorang di United Kingdom (UK).

Menyedari ada kajian terkini yang tunjukkan kesan sampingan, termasuk kematian yang berlaku di AS dan UK, satu kajian terperinci dibuat untuk kaji semula larangan penjualan vape secara menyeluruh.

Satu jawatankuasa kerja pakar diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan, dipengerusi timbalan saya.

Ia telah ditubuhkan dan akan dibawa segala dapatan kepada saya.

Pada Julai lalu, Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya akan menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha.

menteri kesihatan

Akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan.

 

Jadi apa pendapat anda semua tentang larangan secara menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape?

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...