Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa RM12.8 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) milik awam direkodkan sehingga Oktober lalu, daripada jumlah keseluruhan RM17 bilion yang diserah oleh syarikat dan firma, memetik laporan Berita Harian.
Sehingga tempoh 31 Oktober lalu, jumlah keseluruhan WTD yang diserah oleh syarikat dan firma adalah berjumlah RM17 bilion.
Jumlah bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak adalah RM4.2 bilion menjadikan baki WTD sehingga 31 Oktober lalu berjumlah RM12.8 bilion.
Sejak 2022, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membuka 184 reruai di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam menuntut WTD.
Mengenai cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali untuk menggunakan data terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan pemilik atau waris dan memindahkan WTD secara automatik ke akaun mereka, Amir Hamzah berkata perkara ini akan diteliti.
Bagi anda yang ingin membuat permohonan WTD, berikut di bawah adalah cara mengikut Seksyen 13(1), Akta WTD 1965.
Bukti Pemilikan: Anda perlu membuktikan bahawa anda adalah pemilik sah atau mempunyai hak sah ke atas wang tersebut.
Pembayaran: Jika permohonan diterima, Pendaftar WTD akan membayar wang tersebut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
Tiada Tempoh Tuntutan: Tidak ada had masa untuk membuat tuntutan WTD, jadi anda boleh memohon pada bila-bila masa.
Dokumen Perlu: Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam garis panduan Pendaftar WTD.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.