Kerajaan Meneliti Penggunaan ‘Face Shield’ Sebagai Alternatif Kepada Pelitup Muka Untuk Pelajar Sekolah

COVID-19

Kerajaan Meneliti Penggunaan ‘Face Shield’ Sebagai Alternatif Kepada Pelitup Muka Untuk Pelajar Sekolah

Kerajaan kini bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit bagi memastikan semua rakyat mampu untuk memiliki serta menggunakannya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri dalam sidang medianya hari ini, menyatakan beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan beban rakyat dengan membuat kajian ke atas penggunaan face shield. 
Kajian dan perbincangan sedang dibuat sama ada face shield ini boleh dicuci dan dipakai semula untuk para pelajar.

“Kita sedang mencadangkan supaya face shield boleh digunakan. Sebab ia beli sekali tak perlu tukar hari-hari. Harga juga difahamkan tidaklah mahal, dan hari-hari boleh cuci dan pakai 2-3 bulan dengan cucian kerap.”

Advertisement

Menurut Ismail Sabri Perkara ini sedang diteliti oleh KKM, dan sekiranya diluluskan pihak kerajaan akan mengumumkan kepada rakyat. Kemungkinan penggunaan face shield ini juga akan turut diwajibkan kepada pelajar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...