Kerajaan Masih Belum Putuskan Mengenai Sambutan Maal Hijrah Tahun Ini

Trending

Kerajaan Masih Belum Putuskan Mengenai Sambutan Maal Hijrah Tahun Ini

Kerajaan kini dalam perbincangan akhir bagi memutuskan sama ada ingin mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1442H/2020M atau sebaliknya,

Ia berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular di negara ini.

Advertisement

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sambutan Maal Hjrah pada 20 Ogos ini, merupakan acara kebesaran umat Islam dan amat penting dalam menyebarkan syiar Islam.

“Insya-Allah kita akan muktamadkan dan kita akan isytiharkan. Kita akan cuba melihat sambutan Maal Hijrah yang mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

Dr Zulkifli ditemui sewaktu merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurutnya sekiranya diputuskan untuk mengadakan sambutan Maal HIjrah bagi tahun ini, jumlah peserta dan masa sambutan akan dihadkan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...