Kerajaan Kini Mempertimbangkan “FULL LOCKDOWN” Di Selangor

COVID-19

Kerajaan Kini Mempertimbangkan “FULL LOCKDOWN” Di Selangor

Terkini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menilai dan mengkaji cadangan untuk menguatkuasakan PKP atau PKPD di Selangor.

anggota ATM

Advertisement

Ini susulan peningkatan mendadak kes penularan wabak COVID-19 di Selangor baru-baru ini. Pada hari ini sahaja, Selangor telah merekodkan 107 kes positif COVID-19.

Pada sidang media hari ini, beliau telah membuat kenyataan bahawa tempoh penguatkuasaan PKPB di Selangor masih berjalan sehingga kajian menyeluruh dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MKN dan juga KKM.

kredit – Bernama

Beliau juga memberitahu bahawa dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor, individu-individu tidak dibenarkan keluar dan makanan serta keperluan asas akan dihantar pada mereka.

Ini tidak termasuk lagi impak yang sangat ketara pada ekonomi negara. Kedai-kedai tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa dan pastinya ramai yang akan kekal tutup.

Individu-individu juga akan hilang punca pendapatan.

Justeru itu, beliau menyatakan bahawa perlunya ada keseimbangan dalam membendung penularan wabak COVID-19 dan juga mengekalkan sumber pendapatan rakyat Malaysia. Jika dilihat dari segi kawalan pergerakan, pastinya PKPD adalah jalan yang terbaik, tetapi ramai warga Selangor akan hilang punca pendapatan.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...