Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerajaan Kesal Tindakan Sajat Bertelekung Di Tanah Suci

sajat

Kontroversi Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita nampaknya sudah mendapat perhatian pihak kerajaan.

sajat pakai telekung umrah

Advertisement

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, tindakan usahawan kosmetik itu dan rakan-rakannya bertelekung dan berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.

mujahid kesal sajat

Datuk Seri Mujahid berkata beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah. Sepatutnya agensi tersebut sedia maklum dengan status jantina Sajat yang masih lagi menjadi tanda-tanya dan mungkin dia akan mencetuskan kontroversi.

Advertisement

Terdahulu, Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci berkata bukan sahaja rakyat Malaysia, sebaliknya, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya sudah mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

sajat umrah

Penguatkuasa di sana memberi amaran agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang dilaknat di tempat suci dan ibadah. Tindakan Sajat dikatakan memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Malay Mail

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Hamba Allah

    February 3, 2020 at 6:43 pm

    selama nie klau seseorg dpt ke mekkah kita anggap mereka tetamu Allah yg diberi keizinan utk kesana. Agaknya bila kita dapat kesana antara yg dipilih Allah utk lakukan ibadah disana??

  2. Anonymous

    February 3, 2020 at 6:35 pm

    sebenarnya, Tuhan sudah pun menurunkan bala dimana status sebenarnya dia seorang lelaki Tuhan dah tunjukkan.So, dia dah tak boleh nak nafikan lagi status dia.

  3. Anonymous

    February 3, 2020 at 5:44 pm

    So.. apa tindakkan korang? Jangan kesal di mulut je.. ambillah tindakan selanjut byaa.. jangan di kasi rasuah terus buta kan mata tulikan telinga

  4. SAJAT SIAL

    February 3, 2020 at 5:24 pm

    semoga sajat sial & sekutunya dikenakan tindakan & balasan. Kena corona virus pun bagus, biar rasa!

  5. Anonymous

    February 3, 2020 at 5:18 pm

    Kepala bapak kau ok ..kau mesti bapuk tua

Loading...
To Top