Kontroversi Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita nampaknya sudah mendapat perhatian pihak kerajaan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, tindakan usahawan kosmetik itu dan rakan-rakannya bertelekung dan berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.
Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.
Datuk Seri Mujahid berkata beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah. Sepatutnya agensi tersebut sedia maklum dengan status jantina Sajat yang masih lagi menjadi tanda-tanya dan mungkin dia akan mencetuskan kontroversi.
Terdahulu, Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci berkata bukan sahaja rakyat Malaysia, sebaliknya, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya sudah mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.
Penguatkuasa di sana memberi amaran agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang dilaknat di tempat suci dan ibadah. Tindakan Sajat dikatakan memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.