Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa mulai 1 Julai 2025, cukai jualan sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas buah-buahan import di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Sebaliknya, buah-buahan yang ditanam di dalam negara dikecualikan daripada cukai ini. Sebagai contoh, strawberi yang ditanam di Cameron Highlands tidak akan dikenakan cukai, manakala strawberi yang diimport dari luar negara akan dikenakan cukai jualan SST sebanyak 5 peratus.

gambar hiasan
Bos Mydin tak setuju
Namun, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd iaitu Datuk Ameer Ali Mydin menganggap langkah kerajaan mengenakan SST ke atas buah-buahan yang diimport sebagai sesuatu yang ‘tidak masuk akal’.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata demikian kerana ada antara buah-buahan import itu turut digunakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
Kata Ameer, buah-buahan seperti epal, oren dan pisang sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang sihat. Buah-buahan ini juga sering menjadi pilihan orang ramai sebagai buah tangan ketika menziarahi seseorang yang uzur di hospital.

gambar hiasan
Saya memang tak setuju dan tak masuk akal jika buah asas macam epal, oren, pisang dan lain-lain kena SST. Semua ini makanan (golongan) B40.
Meskipun ada yang mendakwa buah-buahan tersebut turut dihasilkan di dalam negara, namun Ameera berpendapat pengeluaran semasa di Malaysia masih tidak mencukupi sehingga ia perlu diimport.
Pisang contohnya, memang ada sumber tempatan tapi bekalan tak cukup. Sebahagian besar daripadanya juga diimport.

gambar hiasan
Pisang ini sama seperti epal dan oren dianggap sebagai makanan asas rakyat, khususnya golongan B40.
Jadi, buah-buahan ini boleh kita anggap sebagai ‘buah-buahan rakyat’ seumpama istilah ‘ikan rakyat’ yang biasa kita guna. Oleh itu, janganlah kita kenakan SST untuk buah-buahan rakyat.
Katanya lagi, pelaksanaan SST ke atas buah-buahan sebegitu hanya akan menyebabkan harga produk tersebut melambung naik dan akhirnya akan menekan pengguna.
Difahamkan, kerajaan melaksanakan cukai ke atas buah-buahan import ini sebagai langkah untuk membuka peluang besar kepada pengukuhan industri buah-buahan tempatan di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.