Menurut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Asri Mat Daud, kerajaan negeri Kelantan akan berbincang lebih lanjut tentang syarat untuk dikenakan sekiranya pawagam dibuka di sana.
Katanya, terdapat permohonan daripada beberapa syarikat untuk membuka pawagam namun kerajaan negeri akan perhalusi syarat yang sedia ada terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
Jelas Asri, pimpinan terdahulu meletakkan syarat-syarat tertentu yang wajib untuk dipatuhi agar pawagam yang dibuka beroperasi mengikut garis panduan ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Ada syarat yang ketat dikenakan dan pimpinan dahulu sudah sebut pembukaan pawagam dibenarkan jika memenuhi syarat itu.
Tambahnya, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini tentang perkara itu selepas mesyuarat kerajaan negeri diadakan.
Terdahulu, media melaporkan bahawa kerajaan Kelantan tidak pernah menghalang pawagam dibuka di negeri tersebut namun pengendali perlu mematuhi syarat yang agak ketat, termasuk mengelak penyaringan dalam persekitaran gelap untuk mengelakkan unsur-unsur yang tidak diingini.
Selain itu, pengendali yang berminat untuk membuka pawagam di Kelantan perlu mematuhi waktu solat terutama Maghrib dan Isyak kerana jarak masa yang singkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.