Kerajaan Haramkan Penjualan Rokok & Vape Secara Terbuka Bermula 1 April

Berita

Kerajaan Haramkan Penjualan Rokok & Vape Secara Terbuka Bermula 1 April

Melalui laporan The Star, kerajaan memaklumkan bermula 1 April 2025, produk rokok dan vape tidak lagi boleh dijual secara terbuka di mana-mana kedai di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Penang dan Selangor.

Boleh dijual tapi letak dalam kabinet tertutup

Difahamkan, kerajaan mengambil langkah ini bagi melaksanakan Smoking Products Control Act of Public Health  2024 (Akta 852) yang bertujuan bagi mengawal penjualan serta penggunaan produk tembakau demi kesihatan rakyat.

Advertisement

penjualan rokok dan vape diharamkan secara terbuka

Melalui Akta 852, produk rokok dan vape perlu diletakkan di dalam kabinet tertutup dan dilarang dari mempamerkan di kaunter atau rak terbuka.

Peniaga hanya dibolehkan untuk meletak tanda khas untuk memaklumkan kepada pembeli bahawa produk tersedia dan amaran kesihatan juga mesti dipamerkan dengan jelas di kedai-kedai khusus yang menjual produk merokok.

Denda hingga RM300,000 atau penjara

Mana-mana individu yang melanggar peraturan ini akan didenda sebanyak RM500 hingga RM30,000, manakala organisasi boleh didenda hingga RM300,000 ataupun hadapi hukuman penjara.

penjualan rokok dan vape diharamkan secara terbuka

 

Dalam pada itu, pihak berkuasa akan menumpukan pada produk yang disamarkan sebagai mainan atau dijual melalui mesin layan diri dan platform atas talian.

5 months ago

Ibu Bapa & Guru Bimbang, Industri ‘Vape’ Keluarkan ‘Design’ Pen Marker & Gam UHU - “Macam Sengaja Nak Tarik Perhatian Pelajar”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...