Kerajaan Gantung Sementara Kemasukan Pelancong China, Petisyen Sudah Raih Hampir 400,000 Tandatangan

Trending

Kerajaan Gantung Sementara Kemasukan Pelancong China, Petisyen Sudah Raih Hampir 400,000 Tandatangan

Baru tiga hari dilancarkan, petisyen yang menuntut sekatan pelancong dari China ini telah menerima hampir 400,00 tandatangan. Petisyen yang bertajuk “Banned People’s Republic of China citizen from entering Malaysia” ini dibuat selepas Malaysia menerima kes jangkitan wabak coronavirus yang pertama dalam negara.

Baca: Kementerian Kesihatan Sahkan Tiga Warga China Yang Memasuki Malaysia Positif Wabak Coronavirus

Advertisement

Sebelum ini, tiga pelancong China yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru itu disahkan positif wabak Wuhan. Mereka yang merupakan ahli keluarga terdekat pesakit yang juga kes pertama wabak itu di Singapura, dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Kemasukan disekat

petisyen

Susulan gesaan daripada pelbagai pihak, kerajaan kini mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada pelancong China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di sekelilingnya berkuatkuasa serta merta.

Semua kemudahan imigresen itu termasuk eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kes jangkitan tersebut yang semakin merebak.

Kemudahan imigresen ini dijangkakan akan diberikan semula sebaik sahaja keadaan menjadi normal. Buat masa ini, tiada lagi kemasukan pelancong dari bandar tersebut dibenarkan di dalam negara.

Sebelum ini, beberapa kes jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia dicatatkan selepas mereka disyaki pulang dari negara China. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kementerian Kesihatan Sahkan Empat Kes Jangkitan Coronavirus Dicatatkan Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...