Umum diketahui bahawa terdapat pelbagai sumber yang mengatakan bahawa PKP 2.0 bakal ditamatkan tidak lama lagi.
Namun, dengan jumlah kes yang masih lagi tidak menunjukkan apa-apa tanda penurunan, pelbagai persoalan yang timbul terutamanya yang melibatkan keberkesanan PKP pada kali ini.
Menurut Dr Zainal Ariffin Omar, apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan SOP yang lebih ketat supaya penularan virus COVID-19 dapat dibendung.
Ramai yang berasa marah kerana walaupun dengan PKP 2.0, SOP tidak dipatuhi.
Dah macam tak ada PKP pun ada juga. Jika tiada PKP pun tidak mengapa, yang paling penting SOP perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan lebih ketat.
Pada 25 Januari lepas, Dr Noor Hisham telah membuat kenyataan bahawa PKP 2.0 tidak akan dilanjutkan selepas 4 Febuari ini.
Namun, kenyataan yang dibuat oleh menteri kanan Ismail Sabri Yaakob pula mengatakan bahawa keputusan bergantung pada MKN jika PKP 2.0 akan diperketatkan atau PKPB akan dikuatkuasakan selepas 4 Febuari ini.
Ternyata kenyataan yang dibuat akan menimbulkan rasa resah dan tidak senang oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang sedah berhempas-pulas untuk mencari sesuap nasi dalam keadaan negara yang masih lagi dilanda wabak COVID-19.
Namun begitu, jika PKP 2.0 ditamatkan, SOP haruslah diperketatkan terutamyan dalam majlis keramaian, penggunaan pelitup muka, kebersihan diri, dan jarak sosial.
Jika dilihat secara keseluruhan, sektor pengilangan merekodkan antara kes yang cukup tinggi, jadi cadangan telah dibentangkan pada kerajaan untuk menilai semula SOP untuk pengusaha kilang-kilang tersebut.
Mengehadkan perjalanan terutamnya Kuala Lumpur, Selangor dan Johor juga patut dipkuatkuasakan kerana negeri-negeri ini merekodkan kes yang cukup tinggi.
Harus juga diiingatkan pada rakyat Malaysia bahawa walaupun PKP 2.0 ditamatkan, ini tidak bermaksud bahawa jumlah kes akan turun dengan serta merta. Ini akan mengambil 10-14 hari, jika berpandukan pada proses intubasi virus tersebut.
Jika kita lihat pada negara seperti New Zealand, mereka mematuhi SOP dengan cukup baik dan ternyata mereka berjaya menurunkan kes COVID-19 sehingga bebas dari penularan wabak tersebut.