Usahawan terkenal, Sajat baru-baru ini ada meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersua muka dengan ahli keluarga serta dua orang anak angkat kesayangannya kerana telah ditahan di Changi International Airport oleh pihak Imigresen negara itu.
Jelas sajat, dia telah mendapat jemputan untuk menghadiri ekspo perkahwinan di negara seberang tambak itu dan merasakan itu peluang terbaik untuk dia bertemu dengan anak-anaknya setelah hampir dua tahun tidak bertemu.
View this post on Instagram
Namun begitu, akibat visa yang dimohon gagal diterima, Sajat terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan ahli keluarganya itu meskipun kesemua sudah menunggu di expo berkenaan.
Berikutan itu, muncul persoalan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan mengapa Sajat tidak membawa anak-anaknya ke Australia sahaja.
Jelas Sajat, ia adalah mustahil kerana dokumentasi melibatkan urusan anak angkatnya itu bukanlah di atas namanya sendiri. Malah, proses untuk memohon visa ke negara tersebut juga agak susah dan sudah banyak kali gagal.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah melancong ke negara berkenaan mengakui urusan visa dan dokumentasi sangat sukar, tambahan untuk kanak-kanak yang bergelar anak angkat serta masih dalam program perlindungan.
Yes, betul sebab nama anak dia bin orang lain jadi susah lah nak pergi Aussie. Memang susah nak pergi. Kita pun belum tentu lepas.
Bukan senang nak bawa anak yang bukan anak kita sendiri ke Australia. Diorang minta dokumen itu ini. Nak bukti bagai.
Terdahulu, Sajat memaklumkan bahawa dia sepatutnya berada di Singapura pada 16 hingga 18 September untuk menghadiri ekspo The Wedding Asia 2022.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.