Kerajaan Digesa Ambil Tindakan Tegas, Syarikat E-Hailing inDrive & Maxim Beroperasi Secara Haram?

Berita

Kerajaan Digesa Ambil Tindakan Tegas, Syarikat E-Hailing inDrive & Maxim Beroperasi Secara Haram?

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menggesa kerajaan agar mengambil tindakan segera terhadap dua aplikasi e-hailing dari Rusian iaitu inDrive dan Maxim.

Menurut Sinar Harian, gesaan itu dibuat kerana kedua-dua syarikat tersebut beroperasi secara haram dan menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Advertisement

kereta e hailing in drive

Sebelum ini, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan penutupan kedua-dua platform terbabit.

Bukan hanya tidak memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah tetapi juga ada dalam kalangan pemandu yang dibenarkan beroperasi tanpa lesen tersebut.

Tindakan ini bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mematuhi undang-undang, malah turut menjejaskan keselamatan penumpang. Kami dapati ada dalam kalangan pemandu mereka tidak mempunyai insurans e-hailing serta gagal menjalani pemeriksaan kenderaan sebagaimana yang diwajibkan.

maxim driver pick up pelanggan

Penghantar Malaysia juga mengkritik kenyataan dikeluarkan pihak InDrive yang mendakwa operasi mereka berjalan seperti biasa meskipun telah mendapat amaran dan arahan penutupan daripada APAD.

Penguatkuasaan secara berterusan juga perlu dilaksanakan segera oleh pihak berkuasa agar aplikasi-aplikasi yang tidak sah betul-betul berhenti operasi di negara ini.

Kerajaan perlu menunjukkan komitmen tegas terhadap keselamatan pemandu dan pengguna, selain memastikan keadilan dalam industri gig sektor e-hailing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-Hailing, Marah Kerana 'Book Ride' Untuk Pekerja Warga Asing - "Dia Rampas Phone Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...