Pemberian vaksin Covid-19 bakal diberikaan kepada rakyat Malaysia mengikut fasa dan ketika ini kerajaan dalam perbincangan mengenai pemberian vaksin kepada golongan gelandangan dan pelarian.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pihaknya sedang merangka strategi untuk pemberian vaksin terhadap golongna tersebut.
“Saya akan adakan mesyuarat dengan agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk berbincang apa kaedah yang terbaik untuk golongan pelarian”
Tambahnya, satu mesyuarat bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan untuk pemberian vaksin berkenaan katanya dalam satu sidang akhbar.
Beliau juga berkata, kerajaan dijangka akan mengumumkan skim perlindungan penerima vaksin Covid-19 pada Isnin depan dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba akan yang mengumumkan skim perlindungan itu secara terperinci.