Pihak berkuasa China memberitahu akan mengambil tindakan tegas terhadap penumpang yang menyerang seorang pramugari dan mengugut untuk mengebom pesawat Air Asia Thailand dari Bangkok ke Nanjing Jumaat lepas.
Pentadbiran Pelancongan Nasional China berkata pelancong China itu ‘merosakkan imej keseluruhan rakyat China’ dengan perbuatan mereka. Penerbangan FD 9101 Jumaat lepas terpaksa berpatah balik 90 minit selepas berlepas dari Bangkok apabila seorang penumpang wanita membaling satu mangkuk berisi mi segera yang panas berasap ke arah seorang pramugari, manakala teman lelakinya mengugut hendak mengebom pesawat.
Kedua-dua penumpang itu dikatakan marah apabila diberitahu mereka tidak boleh duduk berdua, walaupun dibantu oleh pramugari untuk menukar tempat duduk.
Penumpang lelaki itu kemudiannya mendakwa kepada polis yang pramugari itu melecur akibat perbuatan tidak sengaja semasa pertengkaran setelah dia meminta resit air panas.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pihak yang terlibat telah berbincang dan telah mencapai persetujuan, kata Air Asia Thai. Tidak dapat dipastikan apa bentuk hukuman yang bakal dikenakan, tetapi kenyataan itu memberi bayangan yang pelancong-pelancong itu akan disenarai hitam di China.
Khabarnya, perkara ini dianggap sangat serius oleh kerajaan China sehinggakan Presiden Xi Jinping mengingatkan rakyat China untuk mengikut peraturan penerbangan dan berhenti makan mi segera.
Klik gambar di bawah untuk menonton video rakaman kejadian itu.