Kerajaan Cadang Kenakan Caj 0.02 Untuk Pembelian Di Shopee, Lazada & Portal Atas Talian

Trending

Kerajaan Cadang Kenakan Caj 0.02 Untuk Pembelian Di Shopee, Lazada & Portal Atas Talian

Berita kurang baik untuk anda yang suka membeli-belah di atas talian, terutamanya kaki Shopee dan Lazada. Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan 0.02 peratus ke atas pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata caj perkhidmatan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun, katanya, pembelian minimum bagi membolehkan caj perkhidmatan dikenakan belum ditetapkan.

Advertisement

“Ini masih dalam perancangan kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah antara jalan mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat. Caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi bagi mengelak pencerobohan siber.

“Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai, sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan. Bagi mengenakan cukai agak rumit dan perlu diluluskan Parlimen, menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini”.

Berdasarkan informasi yang bertebaran di Internet, sekiranya pembelian anda melebihi RM1,000, caj tambahan yang dikenakan ialah sebanyak 40 sen. Tiada sebarang caj dikenakan sekiranya pembelian adalah kurang daripada RM200. Untuk setiap gandaan RM1,000, maka tambahan 20 sen akan dikenakan.

Apa-apa pun kita nantikan maklumat dan info lanjut tentang caj ini. Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...