Kerajaan Bersetuju Laksanakan Lanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar

Trending

Kerajaan Bersetuju Laksanakan Lanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar

Kerajaan menyatakan bahawa jumlah individu yang tidak lagi mengambil sebarang pinjaman kini semakin meningkat.

Moratorium pembayaran yang bermula sejak 1 April lalu, telah banyak membantu rakyat dan sektor perniagaan, ekoran hampir kesemua sektor ekonomi terhenti sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19.

Advertisement

Kerajaan mengumumkan mereka bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang memerlukan.

Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyddin Yassin dalam sidang medianya, hari ini.

“Bagi individu yang bekerja tetapi telah dipotong gaji, ansuran bulanan mereka akan dikurangkan seiring dengan pemotongan gaji mereka.”

Menurut Muhyiddin golongan yang akan diberi fokus antaranya ialah invididu yang kehilangan pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu. Mereka ini akan diberi lanjutan bersasar selama tiga bulan bergantung kepada situasi peminjam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...