“Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000” – Ismail Sabri

Berita

“Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000” – Ismail Sabri

Sebentar saja tadi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob ada mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Malaysia telah bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 buat para pencarum.

Menurut Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini, pengumuman tersebut telah dibuat setelah mendengar dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk membenarkan pengeluaran simpanan mereka sendiri.

Advertisement

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

 

Justeru, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, segala perincian dan syarat-syarat pengeluaran akan dikongsikan dengan lebih lanjut oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan juga KWSP itu sendiri.

Ismail Sabri juga menasihatkan agar penyimpan wang KWSP untuk menggunakan kemudahan yang diberikan kerajaan ini dengan sebaiknya, terutama mereka yang terjejas akibat bencana banjir dan juga COVID-19.

RTK Test
3 years ago

"RTK Sudah Cukup Untuk Kesan COVID-19, Tak Perlu Bergantung Pada PCR" - KJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...