Kerajaan Bersedia Untuk Gunakan Khidmat Tentera Jika Rakyat Masih Ingkar Pada Arahan

COVID-19

Kerajaan Bersedia Untuk Gunakan Khidmat Tentera Jika Rakyat Masih Ingkar Pada Arahan

Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac lalu mengarahkan rakyat mengurangkan pergerakan di tempat awam bagi membendung penularan wabak COVID-19. Namun, masih ada yang berdegil dan tidak mendengar arahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Baca: “Duduk Di Rumah Diam-Diam”, Perdana Menteri Rayu Orang Ramai Ikuti Perintah Kawalan Pergerakan

Advertisement

Terkini, kerajaan memberitahu mereka mungkin terpaksa menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan selain polis sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya. Ini kerana pada masa ini, Perintah Kawalan Pergerakan masih belum dapat dijalankan dengan sempurna di semua kawasan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan,  berkata jika keadaan memerlukan, khidmat anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis menguatkuasakan perintah di bandar.

Kementerian bersedia menggunakan khidmat tentera bagi mengurangkan pergerakan orang ramai untuk mencapai matlamat perintah itu.

sekatan jalan raya

Tambahnya lagi, polis akan meningkatkan penguatkuasaan dalam bentuk sekatan jalan raya untuk membendung pergerakan orang ramai bagi atasi penularan COVID-19 bermula hari ini. Setakat semalam, tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu angka ini dinaikkan dalam masa terdekat ini.

Sekiranya masih ramai yang belum mematuhi arahan tersebut, pihak polis akan gunakan tindakan undang-undang dan tindakan tegas lagi selepas ini. Semua Ketua Polis Daerah sudah diarahkan untuk bertindak mempertingkatkan sekatan ini. Walaupun orang ramai dibenarkan keluar untuk membeli barang, diminta untuk mengekalkan jarak sepatutnya dengan orang lain.

Untuk rakyat Malaysia, sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan memudahkan urusan pihak berkuasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...