Kerajaan Beri Kelulusan Pawagam Pandu Masuk Tapi Perlu Mengikut SOP

Trending

Kerajaan Beri Kelulusan Pawagam Pandu Masuk Tapi Perlu Mengikut SOP

Nampaknya, hasrat Malaysia untuk mempunyai pawagam pandu masuk bakal tercapai tidak lama lagi apabila ianya telah pun mendapat kelulusan daripada kerajaan. Kebenaran itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  yang memberitahu aktiviti tersebut dibenarkan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Antara SOP yang akan ditetapkan ialah pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu. Selain itu, petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

Advertisement

Sekiranya semuanya berjalan lancar, ini bakal menjadi pawagam pandu masuk yang pertama di Malaysia.

pawagam pandu masuk

Buat masa ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan lagi SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator terlibat.

Pada 30 Jun lalu, syarikat M-Junction mengumumkan bakal membuka pawagam pandu masuk pertama di Malaysia. Pengumuman itu pastinya memberikan keterujaan kepada orang ramai yang masih tidak berasa selesa untuk kembali menonton ke pawagam.

Konsep pawagam secara drive-in ini telah lama dilakukan di negara-negara luar dan Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melakukannya. Dengan konsep seperti ini, orang ramai hanya perlu berada di dalam kereta sahaja sepanjang masa sekaligus mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...