Kerajaan Benarkan Kedai Makan Beroperasi Sehingga 6 Pagi

Trending

Kerajaan Benarkan Kedai Makan Beroperasi  Sehingga 6 Pagi

Bermula Ramadan ini, kerajaan telah bersepakat memberi kebenaran kepada restoran dan kedai makan untuk beroperasi sehingga 6 pagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat ketetapan itu bagi memudahkan rakyat khususnya golongan bujang mendapatkan makanan untuk bersahur.

Menurutnya, keputusan itu juga bagaimanapun tertakluk kepada syarat lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

Advertisement

“Kerajaan memahami kesukaran golongan khususnya bujang untuk mendapatkan makanan untuk bersahur”

Pun begitu, kebenaran operasi sehingga jam 6 pagi ini hanya tertakluk sepanjang Ramadan sahaja.

Beliau berkata, kebenaran penganjuran majlis berbuka puasa seperti di hotel dan premis lain juga dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Katanya, kapasiti tetamu juga perlu mengikut kebenaran ditetapkan kerajaan selain menyediakan pramusaji untuk juadah bufet.

“Penjarakan sosial dan susunan meja sejauh dua meter setiap satu juga perlu dipatuhi selain memerlukan pemantau untuk memastikan tetamu mematuhi SOP”

Menyentuh isu penganjuran majlis berbuka puasa, kerajaan memahami majlis yang melibatkan kementerian dan syarikat namun pematuhan SOP ketat perlu dipatuhi.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...