Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang PKP, Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega

Fikry Ibrahim

Pelakon Fikry Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk membuka kedai gunting rambut sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Fikry IbrahimSumber : Instagram Fikry Ibrahim  

Ini berikutan dia baru sahaja membuka salun rambut muslimah di Putrajaya dan berita itu ternyata menerbitkan sedikit kelegaan dan peluang untuknya kembali menjana pendapatan.

Advertisement

Fikry yang difahamkan baru sahaja setahun mengusahakan kedai gunting rambut itu berkata, sejujurnya bukan mudah baginya untuk mempertahankan perniagaan masih baru itu.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

“Saya mengalami kerugian yang teruk sejak PKP fasa pertama lagi, tapi saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan. Saya tak nak mengeluh sebab saya perlu pastikan salun ini terus beroperasi kerana saya ada dua pekerja yang perlu saya jaga kebajikan mereka. Mereka bergantung harap dengan saya sekarang ini.”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membenarkan sektor tersebut kembali beroperasi.

Pelakon drama Kau Yang Pertama ini turut berjanji akan menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dan  akan memantau pekerja sepanjang perniagaan berlangsung.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

“Saya sentiasa memantau pekerja saya supaya menjaga SOP yang sudah ditetapkan dan pastikan setiap pelanggan yang datang akan mengimbas kod MySejahtera. Kami juga hanya melayan pelanggan yang membuat temujanji saja. Dalam keadaan sekarang kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kita perlu bersatu dalam menangani penularan COVID-19.”

Sekadar info, Fikry telah mengusahakan salun rambut yang diberi nama Dashing Diva Putrajaya  bertempat di Putrajaya, Selangor.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    February 9, 2021 at 11:33 am

    ooo kt shafsbury putrajaya ke. lor hai. situ sian sgt xsempat nk bangun tempatnye. jrg singgah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top