Kerajaan Belum Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Trending

Kerajaan Belum Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui kementeriannya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang didakwa menyebarkan berita palsu.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy berharap tindakan susulan seperti siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan dengan segera.

Advertisement

berita palsu vaksin
3 years ago

Tindakan Tegas Kepada Antivaksin Sebar Berita Palsu

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut bersetuju dengan pendekatan yang dibuat Menteri Kesihatan itu.

Katanya, tindakan tegas wajar dikenakan terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan berita tidak benar.

“Bukan kerana mereka antivaksin, tetapi kerana berita yang mereka sebarkan adalah berita palsu, jadi kita boleh ambil tindakan dan kita setuju dengan apa yang KJ cakap semalam.”

Mengenai kewajipan mengambil suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata setakat ini kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai hal itu.

rentas negeri

Namun, beliau menggalakkan individu yang belum disuntik mengambil vaksin untuk menikmati pelbagai keistimewaan termasuk urusan pulang ke kampung.

Jelasnya lagi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut mengeluarkan arahan kepada kakitangan kerajaan untuk mengambil vaksin kalau tidak akan dikenakan tindakan.

“Mindef (Kementerian Pertahanan)… telah mengeluarkan arahan iaitu siapa (anggota tentera) yang tidak mengambil vaksin dianggap melanggar arahan Mindef, jadi ini gambaran dia seperti wajiblah.

Beliau berkata, untuk urusan beribadah seperti mengerjakan umrah, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan perkara itu. Beliau yakin syarat sama akan dibuat untuk kebenaran menunaikan haji yang dijangka bermula tahun depan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...