“Kerajaan Belanja RM8.4 Juta Untuk Lencana Jalur Gemilang, Edar Kepada 5.14 Juta Pelajar” – Fadhlina Sidek

Berita

“Kerajaan Belanja RM8.4 Juta Untuk Lencana Jalur Gemilang, Edar Kepada 5.14 Juta Pelajar” – Fadhlina Sidek

Melalui laporan MalaysiaKini, Menteri Pendidikan berkata kerajaan telah berbelanja sebanyak RM8.4 juta untuk memperoleh lencana Jalur Gemilang bagi mengedarkan ia kepada 5.14 juta pelajar di seluruh negara.

Belanja lebih RM8 juta untuk lencana Jalur Gemilang

Menurut Fadhlina, lencana tersebut akan diperoleh oleh pelajar di sekolah, kolej matrikulasi, Tingkatan Enam serta institut pendidikan guru (IPG), di mana semua akan menerima dua lencana secara percuma.

Advertisement

Sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana Jalur Gemilang seluruh negara.

Nak semai semangat patriotisme dan cintakan negara

Kata Menteri Pendidikan itu lagi, pemakaian lencana Jalur Gemilang ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan utnuk menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

KPM telah menyediakan garis panduan ketika memakai lencana Jalur Gemilang kepada semua institusi pendidikan bawah KPM. Bagaimanapun, ibu bapa diberi fleksibiliti dalam menyediakan lencana Jalur Gemilang tambahan bersaiz sama dengan material yang bersesuaian.

pemakaian lencana
2025-04-23 12:56:16

Ibu Bapa Bimbang Pin Tercucuk Badan Anak, PIBG Saran Buat Seragam Sekolah Siap Cetak Lencana Bendera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.