Kerajaan Akan Selesaikan Isu Duit Deposit Majlis Perkahwinan Yang Tidak Dipulangkan

Trending

Kerajaan Akan Selesaikan Isu Duit Deposit Majlis Perkahwinan Yang Tidak Dipulangkan

Bakal pengantin yang merancang untuk berkahwin beberapa bulan lalu, terpaksa membatalkan tempahan majlis yang telah dibuat, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Walaupun kini negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun kerajaan masih tidak lagi membenarkan majlis perkahwinan diadakan seperti biasa kerana ia dianggap sebagai perhimpunan ramai. 

Advertisement

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mereka yang tidak dapat wang pendahuluan semula, perkara itu akan dibentangkan di dalam Akta COVID-19 baharu di Parlimen kelak. Jika mendapat kelulusan dan diwartakan, kerajaan akan melaksanakan akta tersebut.

“InshaAllah akta tersebut akan dibentangkan di dalam Parlimen akan datang dan jika kita dapat kelulusan, dan diwartakan, kita akan laksanakan akta tersebut. Isu-isu berkaitan seperti yang disebutkan tadi (wang pendahuluan tidak dipulangkan) akan dapat kita selesaikan.”
Di harap pihak kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini, supaya kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan vendor perkhidmatan mendapat keadilan yang saksama kerana keduanya pasti mengalami kerugian.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...