Kerajaan Akan Pertimbangkan Pengecualian ‘Carseat’ Untuk Keluarga Besar

Kehidupan

Kerajaan Akan Pertimbangkan Pengecualian ‘Carseat’ Untuk Keluarga Besar

Sejak diumumkan penggunaan kerusi keselamatan atau ‘carseat’ mulai 1 Januari 2020, ramai ibu bapa yang memberikan keluhan di atas usul itu. Terutamanya untuk mereka yang mempunyai keluarga besar, bukan mudah untuk memuatkan semuanya di dalam ‘carseat’ seperti yang diminta.

“Takkan nak tukar kereta baru kalau anak ramai?”

Advertisement

Itu antara keluhan yang timbul bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Menyedari masalah itu, Timbalan Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu kerajaan akan mempertimbangkan pengecualian untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.

Kita sedar keluarga yang ada ramai anak dan tempat duduk tidak boleh memuatkan empat atau lima kerusi dalam kereta. Jadi keluarga besar akan diberi pengecualian sekiranya dalam sebuah kenderaan tersebut tidak membolehkan CRS dipasang dalam bilangan mengikut jumlah anak. Kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini.

Penguatkuasaan pada 1 Januari ini juga bukanlah akan terus diberikan tindakan keras jika ada yang gagal mematuhi peraturan itu. Selain itu, garis panduan yang mewajibkan kanak-kanak bawah 135cm memakai ‘carseat’ juga mendapat perhatian ramai.

Had ketinggian 135cm

carseat
Di dalam garis panduan yang dikongsikan sebelum ini, kanak-kanak yang mempunyai ketinggian di bawah 135cm diwajibkan memakai ‘carseat’.

Ini kerana ianya direka khas untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang mempunyai tubuh badan yang masih di peringkat tumbesaran dengan struktur tulang yang masih belum matang.

Had ketinggian 135cm dinyatakan dalam peraturan kerana bagi kanak-kanak yang melebihi ketinggian ini mereka telah mempunyai saiz tubuh badan yang lebih sesuai untuk menggunakan tali pinggang keledar biasa yang sedia ada dalam keadaan selamat.

Buat masa ini, tiada saman yang akan dikeluarkan sekiranya ada keluarga besar yang tidak mampu untuk menggunakan ‘carseat’ kepada semua anak mereka. Sebaliknya, pendekatan nasihat dan pendidikan akan diberikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...