Kerajaan Akan Perkenal Semula Langkah Tahun Lalu Melalui Moratorium Dan i-Sinar

Trending

Kerajaan Akan Perkenal Semula Langkah Tahun Lalu Melalui Moratorium Dan i-Sinar

Kementerian Kewangan dalam perkongsian laman sosialnya telah mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperincikan bantuan moratorium dan i-Sinar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut memberi kenyataan dimana langkah berkenaan telah mengingatkannya dengan peristiwa tahun lalu.

Advertisement

Perkara itu telah disampaikan di akaun rasmi milik beliau hari ini.

Menurutnya, dengan Pelan Pemulihan Negara, inilah masa yang tepat untuk mengembalikan inisiatif sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan.

Muhyiddin Yassin juga memaklumkan kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara.

Ini akan merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

Muhyiddin Yassin

Gambar Hiasan

Pengumuman perincian bantuan itu merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Ketika ini pemberian moratorium hanya diberikan kepada peminjam yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan.

Ia tidak hanya terhad kepada kumpulan B40, sebaliknya mereka dari kumpulan M40 atau T20 yang kehilangan pekerjaan juga boleh mengemukakan permohonan.

Mereka juga diberi pilihan untuk mengurangkan bayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus.

Bagi pengeluaran i-Sinar pula, mulai 8 Mac lalu, ahli KWSP berusia kurang 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.

epf kwsp i-sinar

Gambar Hiasan

Sekadar pemakluman baru, kriteria pengurangan pendapatan kali ini tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar.

Malah, tidak ada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan dan permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan.

KWSP EPF

Gambar Hiasan

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Manakala, bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Semoga info ini dapat membantu anda. Moga ada sinar buat kita semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...