Memetik Harian Metro, kerajaan memaklumkan mereka tidak mengambil ringan aduan penduduk mengenai kerosakan rumah akibat sesi latihan pertunjukan udara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ’25), menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sepatutnya perkara ini (rumah rosak) tidak berlaku. Kita akan kaji mengapa ia terjadi. Kita memang jangka akan ada sedikit kesan daripada pertunjukan ini dari semasa ke semasa… mungkin ada sedikit impak.
“Dulu ada ayam mati, macam-macam berlaku (ketika LIMA berlangsung) tapi kali ini, setakat ini okay. Kita akan tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas lawatan meninjau persiapan LIMA ’25 di Resort World Langkawi di sini, hari ini.
Semalam, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan cermin tingkap rumah penduduk pecah, dipercayai disebabkan gelombang kejutan jet pejuang yang menjalani latihan bagi LIMA ’25.
Majlis perasmian LIMA ’25 hari ini menampilkan simulasi letupan bom serta aksi manuver udara altitud rendah yang mengagumkan oleh jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pameran LIMA yang kini memasuki edisi ke-17 sejak penganjuran pertamanya pada 1991 dijadual berlangsung selama lima hari bermula 20 Mei ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.