(KEPUTUSAN)FFM22, Yasmin Ahmad Pengarah Terbaik

Hiburan

(KEPUTUSAN)FFM22, Yasmin Ahmad Pengarah Terbaik

ffm22

FILEM hasil karya Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime, ternyata membawa tuah buat pengarah tersohor itu apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

Advertisement

Adik Allahyarham, Datin Orked Ahmad, yang menerima anugerah tersebut bagi pihak Allahyarham telah membawa pulang trofi kemenangan dan wang tunai berjumlah RM20,000 di atas pengiktirafan tersebut.

Orked yang hadir di acara berprestij itu bersama ibubapanya, Inom Yom dan Ahmad Hashim, menerima anugerah tersebut di dalam keadaan sebak.

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang berada di sisi ketika kami dibendung kesedihan kerana kehilangannya. Saya rasa kakak saya pasti bersyukur dan gembira menerima anugerah Pengarah Terbaik.

“Ini adalah anugerah yang diimpikannya. Kakak saya membuat filem bukan untuk anugerah, tetapi dia buat filem untuk Mak dan Abah serta untuk gambarkan suasana pahit manis kehidupan sebenar.

“Saya harap, semua orang dapat memaafkan kesilapan kakak saya dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” luah Orked ketika menerima anugerah itu.

Keputusan penuh Festival Filem Malaysia 22 @ FFM22 boleh dibaca dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Anugerah Perdana (14 anugerah)
Filem Terbaik – Papadom
Pengarah Terbaik – Yasmin Ahmad (Talentime)
Pelakon Lelaki Terbaik – Afdlin Shauki (Papadom)
Pelakon Wanita Terbaik – Liyana Jasmay (Papadom)
Lakon Layar Terbaik – Yasmin Ahmad (Talentime)
Cerita Asal Terbaik – Afdlin Shauki (Papadom)
Sinematografi Terbaik – Mohd Nor Kasim (Setem)
Penyunting Terbaik – Faizul Mohd Noh (Setem)
Skor Muzik Asal Terbaik – Syed Ahmad Faizal (Papadom)
Filem Komedi Terbaik – Los dan Faun
Filem Animasi Terbaik – My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Pendek Terbaik – Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)
Filem Digital Terbaik – Aathma (Demaz Entertainment)
Filem Dokumentari Terbaik – Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)
Pengarah Harapan – James Lee (Histeria)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mohd Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)
Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Setem)
Penataan Bunyi Terbaik – Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Pelakon Harapan Lelaki – Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita – Jaclyn Victor (Talentime)
Pereka Kostum Terbaik – Shen Imagineering (Cicakman 2)
Lagu Tema Asal Terbaik – Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik – Histeria

Filem Box-Office – Geng Pengembaraan Bermula
Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Omar Man
Anugerah Pelakon Veteran Wanita – Mariani Ismail
Anugerah Pelakon Veteran Lelaki – S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri
Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...